Tazkirah

Firman Allah:
"Demi sesungguhnya telah tetap hukum seksa atas kebanyakan mereka kerana tidak mahu beriman"
(Yaasin: 7)



MENU

Hyperangkai
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
Dewan Muslimat PAS Pusat

Waktu Solat
Kawasan Kuala Terengganu/ Marang
Tarikh: 11-15 Mei 2005


PENGUMUMAN

Muktamar Tahunan Ke-32
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
Dirasmikan Oleh:
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi b. Haji Awang,
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Pada: 4 Rabiul Akhir 1426 H Bersamaan 13 Mei 2005
Tempat: Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai


BERITA / ISU

WANITA SEBAGAI NAIB PRESIDEN PAS: Komentar Mursyidul AM PAS

KOTA BHARU, 30 April (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Nik Mat mempertahankan tindakannya mencalonkan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud bertanding satu daripada tiga jawatan Naib Presiden pada Muktamar parti itu Jun depan.

"Saya mahu seorang muslimat, kalau saya tak kemukakan takut nanti orang (perwakilan) tercari-cari (untuk membuat pemilihan)," katanya ketika diminta mengulas hasil mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan yang membuat keputusan itu pada 23 April lepas.

Mesyuarat yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz itu juga mencalonkan bekas Timbalan Menteri Besarnya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai Timbalan Presiden dan Exco Kelantan Husam Musa bagi calon Naib Presiden.

"Saya minta wanita dicalonkan tahun ini dan belum tentu orang akan sokong atau tidak," katanya kepada pemberita selepas tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa di sini Jumaat malam selepas pulang dari misi menarik pelabur di China selama empat hari.

Beliau menyerahkan kepada perwakilan sama ada mahu menerima atau tidak keputusan mencalonkan muslimat bagi jawatan itu pada muktamar tahun ini walaupun ada pihak tertentu yang mempersoalkan mengenai kewajaran beliau berbuat demikian.

Pada 17 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan kesediaan parti itu menerima wanita sebagai Naib Presiden.

Ketiga-tiga Naib Presiden parti itu ketika ini ialah Datuk Dr Hassan Ali, Azizan Abdul Razak dan Datuk Mustafa Ali.

Ketika ditanya mengenai tindakan beliau yang berbeza dengan usaha parti membawa masuk golongan muda dan profesional yang mempunyai sokongan akar umbi, Nik Abdul Aziz berkata pemimpin muda sudah lama wujud sejak parti itu ditubuhkan dan usaha beliau membawa muslimat ke dalam barisan pemimpin merupakan satu perkara baru.

"Dalam pergaulan dengan mereka dalam mesyuarat agung, saya dapati muslimat (yang dicalonkan) mempunyai potensi (untuk diketengahkan)," katanya.

Katanya keputusan beliau itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab tertentu di dunia.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri pimpinannya tidak mempunyai sebarang halangan kepada rancangan menubuhkan Universiti Kelantan seperti yang dicadangkan dalam Konvensyen Kemajuan Kelantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menutup konvensyen anjuran Badan Perhubungan Umno Kelantan itu di sini petang ini.

Nik Abdul Aziz juga menyambut baik beberapa tindakan yang diputuskan baru-baru ini bagi memperkukuhkan Dasar Bioteknologi Negara.

-- Sumber: BERNAMA --



Hak Milik:
Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu
Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
No. 33, Taman Sri Intan
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
E-Mail: dmp_trg@yahoo.com

Dibangunkan Oleh: dmpnt's IT Teamz