Hyperangkai
|
Kawasan Kuala Terengganu/ Marang
Tarikh: 11-15 Mei 2005
|
|
ANUGERAH JIHAD
INI…..
|
“Seutuh kasihmu sayang,adalah
dambaan hatiku….syukur atas rahmat Tuhan Yang
Satu…Assalamualaikum….. Ikhlas
mencintaimu... Abang….
Air mataku mengalir
lebat membasahi pipi…aku terkenang kembali nostalgia
kisah suka dukaku bersama insan yang telah berjanji
setia mengasihiku hingga ke akhir
hayatnya...
Dalam debu-debu nipis
yang membaluti sampul kecil tanda terakhir cintanya
buatku, ada tersirat rasa kasih yang mendalam darinya
untuk diriku ini dengan izin allah rabbul
izzati….
Fikiranku kembali mengingati seraut
wajahnya yang tenang setenang air di kali…tidak pernah
hatiku di sakiti,jauh sekali menguji sedalam mana
ikhlasnya cintaku dan setinggi mana kesabaranku menanti
hadirnya sebagai raja dalam hidup ini….sentiasa
dibibirnya mengungkap rasa rindu padaku sekalipun
setelah kami berumah tangga…hidupku bahagia dengan
hadirnya Hadi Hafis,suamiku dunia akhirat,insya allahu
rabbi…
Bermulanya perkenalan kami di sebuah
institusi pengajian tinggi luar negara…walaupun kami
tidak sefakulti,namun jodoh menemukan hati ini…Hadi
adalah kasih pertama yang hadir dalam hidupku….Bermula
dengan sebuah sajak “Sesuci wajahmu Hawa”nukilannya,
hatiku mula tertaut pada Hadi…sajak dalam risalah
pelajar Muslim “an-Nas” itu kugunting dan kusematkan di
dalam diari hijauku…(kebetulan warna kegemaran
Hadi).Namun kusimpan rasa kasih itu dalam-dalam kerana
kuyakin perasaan ini akan menjadi jahid yang tinggi
nilainya di sisi seorang muslimah sepertiku…itu janji
Tuhan buat insan bergelar perempuan dan aku tidak mahu
ketinggalan merasai ganjaran itu walau aku akur,bukan
mudah untuk menolak keinginan berterus-terang….Sesekali
terdetik perasaan untuk aku memulakan perkenalan,namun
imanku menepis rasa di hati dengan istighfarku kepada
Allah….
Terkadang, apabila berselisih dengannya
,jantungku berdegup kencang…Ingin saja ku melemparkan
senyuman yang paling manis buat insan yang telah
menambat hati dan mewarnai hidup ini…namun maluku
mengatasi segalanya…Alhamdulillah…sesekali aku diusik
rakan-rakan,tapi aku tidak mengalah.Ego untuk membela
akhlakku menyelamatkan diri ini dari terus menjadi
usikan rakan-rakan….Aku hanya membisu …Tidak mahu aku
layani telatah rakan-rakanku,kerana aku tidak mahu nafsu
amarah ini kalah dengan jihad yang sedang kubina atas
dasar kasihku pada Allah Yang Maha Satu.
Dikala
mindaku bercelaru,aku pasti merehatkan diriku di bangku
taman universiti.Kehijauan taman itu membuatkan benakku
berfikir tentang keesaan Allah sekali gus meleraikan
kesedihan jiwa .Bertemankan sebuah buku bertajuk
“Semanis Kesabaran”nukilan Syeikh Ahmad hadiah dari ayah
sebelum aku berangkat ke sini, aku duduk bermuhasabah
memikirkan betapa lemahnya jiwaku.Tidak setanding
mujahadah yang berjuang membela Islam di serata dunia,
berjuang dengan syahadah yang jitu dan matlamat yang
satu…Bertunjangkan keimanan dan ketauhidan terhadap
Allah... Pernah satu ketika,mindaku buntu memikirkan
ujian Tuhan yang tidak pernah putus mendambakan
kesabaranku menunaikan kifayah ini..Mengenang nasib ibu
dan ayah di kampung yang semakin tua dimamah usia,dengan
pendapatan yang tak seberapa menyara kehidupan kami 3
beradik…dan kerana ini jualah sebenarnya kubenamkan rasa
cinta yang berputik buat Hadi.Aku mahu menjadi seorang
anak yang dapat membela masa depan keluarga dan membalas
jasa orang tua yang telah mencurahkan sepenuh kasih
sayang mereka buatku hingga ke hari
ini…..
Tiba-tiba kedengaran ucapan salam dari
seorang lelaki…lamunanku tersentak..Namun aku tidak
mendongak…Rasa malu sudah datang menerpa…Tapi
mengapa??Ya,suaranya seperti pernah kudengar sebelum
ini.Suara yang selalu menggamit mindaku untuk berpindah
ke alam khayalan…Suara yang selalu datang dalam
mimpiku…Suara yang sering mengimami jemaah solah di
surau universiti…Ikhlas dan penuh rasa rendah
diri…Kusambut salamnya dengan penuh debaran …Seketika
itu aku terasa mahu lari dari tempat itu….Balik ke bilik
dan menelekupkan mukaku ke bantal…Aku tahu mukaku tidak
merah,kerana kulitku bukannya putih ..Tapi,hitam
manis…Hmmmm..satu advantage buatku…Aku hanya menguntum
senyum dibibir …Muncul satu perasaan yang sukar aku
gambarkan… Senyumku berbalas.Bahagia….Cepat-cepat aku
membetulkan posisiku,supaya aku tidak teus hanyut dalam
perasaan itu…Aku tunduk dan lelaki itu melabuhkan
punggungnya di bangku kayu jati bersebelahan tempat
rehlahku…Hadi…Namun dia tidak lama di situ…setelah
menghulurkan sebuah bungkusan hijau kepadaku, Hadi
berlalu pergi…Sekali lagi ucapan salamnya
kedengaran….Beserta bungkusan itu ada sekeping kertas
putih bercoret tinta biru…Mujur sebentar saja
pertemuanku dengan hadi petang itu…Aku tak mau di salah
erti…Dan aku tahu hadi juga begitu…
Aku melangkah
pulang kebilik….Kugenggam pemberian Hadi sekemas mungkin
…Dengan penuh tanda tanya….
Setelah selesai
menunaikan fardhuku kepada Allah dan memohon doa padaNya
,aku berbaring di katil…Segera kubuka warkah Hadi yang
belum sempat kubaca….Hatiku terharu dengan warkahnya
yang pertama buatku itu…..
“Assalamualaikum buat
kenalanku Firdaus… Maaf sekiranya warkah ini
mengganggu saudari ketika ini….Persoalan yang terbuku di
minda membuatkan Hadi ingin sekali mengetahui apakah
permasalahan di minda saudari yang sering Hadi lihat
duduk berseorangan dan berduka dibangku taman
universiti…Bukan sekali hadi lihat saudari di situ,tapi
hampir setiap petang….Niat Hadi bukan untuk menyibuk
tentang hal saudari,cuma mahu mengetahui mungkin ada
sesuatu yang boleh Hadi bantu untuk meringankan beban di
hati dan mengembalikan keriangan yang pernah Hadi lihat
di wajah Firdaus ketika dulu…..Maaf sekali lagi andai
warkah Hadi ini tiba pada waktu yang tidak sepatutnya
….Sekian dulu dari Hadi,maas salamah…”
Aku
melipat kemas warkah itu dan kusimpan di dalam diari
hijauku….aku tahu bibirku sekali lagi menguntum senyuman
yang paling manis…Kali ini,menampakkan baris gigiku yang
putih bersih…Hasil pengamalan sunnah rasulullah untuk
bersugi setiap kali sebelum solah….
Aku menghela
nafas panjang….Kuletakkan diariku disisi…Dan seketika
itu aku di buai mimpi…..
Semenjak dari itu,aku
semakin akrab dengan Hadi…Namun keakraban kami bukan
seperti yang selalu digambarkan dalam kaca tv…Akrab yang
aku maksudkan adalah dari segi peringatan yang selalu
Hadi beri buatku,dalam bentuk sajak,cerpen dan
puisi…Hadi memang pandai menulis…Hasil karangannya
sungguh terkesan dihati ini…Setiap kali membaca coretan
penanya,mindaku terasa ringan dari bebanan
masalah…berpesan-pesan kepada kebenaran,dan
berpesan-pesan pada kesabaran…Dengan firman Allah
itulah,hatiku semakin yakin menundukkan rasa tekanan
yang sering datang menggoyahkan sabarku terhadap cubaan
yang diberiNya….
Pada setiap bulan puasa,Hadi
tidak pernah lupa mengirimkan berkotak-kotak kurma
buatku…Katanya berseloroh dalam warkah yang disertakan
bersama sekotak kurma yang dikirimnya melalui Hafizah
rakan sekuliahku ,“ Kurma ini ‘pemanis muka’ buat
saudari Firdaus di sana.Segar Hadi petik dari tanah
suci.Bila kita berumah tangga nanti, bolehlah kita
menunaikan haji bersama-sama ya”…Dalam hatiku,aku
mengaminkan selorohnya…Pernah jua Hadi mengirimkan
nota-nota fotostat yang dikumpulnya dari rakan-rakan
fakulti perubatan dan memberinya kepadaku…Dia berpesan
supaya berusaha untuk menunaikan kifayah ini dengan
sebaik-baiknya.Sudah pasti harapan itu tidak
kuhampakan…Harapan dari seorang lelaki yang sungguh
istimewa dalam hidupku, namun dia tidak pernah
tahu.Hasilnya,Alhamdulillah, aku cemerlang dalam setiap
peperiksaan tahunanku…….
Hadi selalu
mengirimkanku doa-doa yang didapatinya dari kitab-kitab
ulama terkemuka…katanya doa itu senjata umat Islam…usaha
itu datang bersamanya dan tawakkal mengiringi setiap
usaha yang tidak pernah mati…
6 tahun
berlalu….akhirnya aku berjaya meraih ijazah yang
kuidam-idamkan selama ini….Air mata kesyukuranku tumpah
ke bumi …Aku bergelar doktor kini….Cintaku Hadi(walau
dia tidak pernah tahu sehingga kini) bergelar professor
di salah sebuah universiti di tanah air..warkahnya yang
hadir setiap bulan menemani hidupku dan membakar
semangatku untuk terus berjaya ke akhirnya….Harapanku
untuk menjadi insan yang istimewa dalam hidup hadi,tidak
pernah padam,seawal tahun pertama kami disini….Ibu dan
ayah tidak menyertaiku pada hari bahagia itu…Namun
kutahu,doa merekalah yang menjadi tunggak kejayaan yang
kuperoleh…Dalam hatiku,kupanjatkan kesyukuran yang
teramat sangat kepada Allah…Aku tidak mungkin dapat
merasai kegembiraan ini tanpa
izinNYa…
Kepulanganku disambut ibu dan
ayah…Kedut-kedut di dahi ibu kucium sepuas-puasnya…Urat
hijau yang timbul ditangan ayah kukucup dengan penuh
kerinduan…Tidak sabar rasanya untuk aku berjumpa dengan
adik-adik yang telah kutinggalkan 6 tahun
dahulu…Pastinya mereka sedang menunggu kepulanganku
dengan gembira…
Setibanya di rumah Ahmad berlari
mendapatkankku,adikku yang paling kecil sekali…Sudah
pasti dia mengenaliku dari gambar yang kukirimkan kepada
keluarga setiap tahun sejak tahun pertama lagi…adikku
Jannah menunggu di halaman rumah dengan senyuman yang
penuh ceria…Masih kuingat lagi,sewaktu aku
meninggalkannya,Jannah menangis mahu mengikutku
bersama-sama…Kini jannah sudah remaja…berkain batik,
anak dara sunti lagaknya….Dia menyambut tanganku lantas
mengucupnya dengan titisan air mata…Dia memang tidak
pernah berubah….Mudah sekali mengalirkan air
mata..Memang dia manja denganku….Kehangatan inilah yang
kutunggu selama 6 tahun ini,untuk bersama keluarga yang
telah lama aku tinggalkan demi sebuah impian untuk
menjadi doktor…
Malam itu ayah menyuarakan
sesuatu yang mengejutkan aku…seseorang telah datang
merisik diriku…Jannah menyiku sambil tersenyum
simpul…”Hadi Hafis,” kata ayah…mahu saja aku menjerit
kesyukuran ketika itu…tapi ku tahan…ku tahan
perasaanku…kutundukkan muka dan tiba-tiba saja refleksku
mengambil alih pergerakkanku…aku bingkas bangun dan
meninggalkan ayah,ibu dan adik-adik di meja makan
selepas meminta diri…terasa bodoh pula tindakanku ketika
itu….aku berlari mendapatkan diari hijauku di bawah
bantal.Kubuka surat hadi yang dikirimkan dalam bentuk
sajak’Pabila tiba masanya’…
Aduhai
Hawa, Pabila tba masanya, aku pasti berlari
mendapatkanmu, Mendapatkan kasihmu yang seindah
pelangi alam, Yang setenang air di muara
kasih, Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam
ketaqwaan…
Wahai Hawa, Bila gerimis
menyelimuti pawana, Petir menjalar di langit
hitam, Dan bila sengsara datang
bertandang, Bermunajatlah dengan penuh rasa
kehambaan, Agar syahadahmu kukuh
bertautan….
Bersabarlah Hawa, Kerana kesabaran
itu seindah mutiara Tercipta didasar lautan, Walau
sebesar mana gelombang mendatang, Sinarnya tetap
gemilang, Dan begitulah hakikatnya sabar, Yang
pasti menyelamatkan kewarasanmu dari
hilang….
Sungguh wahai Hawa, Dihati ini ada
perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu, Kerana
wajahmu yang penuh rahsia, Kerana wajahmu yg
membuatkan ingatanku pulang, Pada yang maha
Esa, Menjadikan lidahku kelu
berkata-kata…..
Kugenggam erat warkah itu dan ku
baca berulang kali….Seolah-olah mimpi jadi
kenyataan….Hadi bakal suamiku….Kedengaran pintu bilikku
diketuk berulang kali….Emak masuk dan melemparkan
senyuman yang selalu aku rindu suatu ketika dahulu….Kata
emak,semuanya terpulang padaku….”Mahu atau tidak…emak
tak kisah,asalkan anak emak gembira”……Kuberbisik di
telinga emak tanda memberikan kata setuju….Kukucup
jemari kurus emak lantas emak membalas dengan belaian
yang penuh kasih …..Walau emak sudah semakin
berusia….segar kasihnya masih lagi seperti
dulu….
Hadi Hafis dan Ikhwatul Firdaus selamat
diijab kabulkan……….
Banyak yang aku pelajari dari
perkongsian hidupku dengan Hadi….rajukku di pujuk…lembut
dan tenang….Sedihku di redakan dengan kemanisan wajahnya
dan belaiannya cintanya padaku…Dan begitu juga
aku,menyayanginya dengan sepenuh jiwa…Dialah lelaki
pertama dan terakhir yang akan menjadi raja hidupku
ini…Aku cuba menjadi isteri yang solehah walau kelemahan
ku tetap muncul di sana sini….Namun suamiku tidak pernah
menyuarakan ketidak puasan hatinya…Tidak pernah
sekalipun lakunya menampakkan kekuranganku…tidak pernah
sekali,keluhan terhembus dari bibirnya ….Kelemahanku
dibaikinya dan diganti dengan kekuatan…Ya,kekuatan
sebagai seorang wanita Islam yang perlu berjuang
menegakkan agama dalam setiap
geraklakunya….
Begitulah pesan Hadi yang kini
kupanggil’abang’….
Setiap kali selesai
solat….Abang akan memberikan tazkirah buat peringatan
kami dunia akhirat…Tidak pernah sekali abang terlepas
dari menjadi imam solat fardhu ketika kami sama-sama
dirumah…Tahajjud pun kami lakukan berjemaah…Sungguh aku
rasa bahagia manisnya berumah tangga yang cintanya
berlandaskan syiar Islam….Masih aku ingat lagi,sewaktu
malam pertama aku dan abang,kami solat hajat dan sujud
syukur bersama-sama…..Kata abang,biarlah landasan dan
tapak masjid yang kami bina ini atas dasar ibadah ,bukan
nafsu semata-mata……hingga ke hari ini….pesan abang
bersemadi di hati….
Setelah 6 tahun berumah
tangga,kami dianugerahkan 3 cahaya mata…Malam itu,abang
hadi menyuarakan hasratnya padaku,tentang menunaikan
rukun Islam yang kelima bersamaku dan anak-anak…
Ya,seperti dalam selorohnya yang ku aminkan dulu….Aku
tersenyum sendirian ……..Pastinya aku setuju dengan
cadangan itu…. Abang Hadi menanggung perbelanjaan ibadah
itu…Hasil simpanan sejak di universiti lagi katanya…Aku
terharu…..Kata Abang Hadi, umrah dan haji biarlah
dilakukan bersama-sama sementara waktu
mengizinkan…seperti yang selalu diingatkannya….’hidup
sebelum mati’…….
Setelah tamat kursus haji kami
berangkat ke Tanah Suci….Ibadah yang kami lakukan
berjalan lancar .Cuma abang Hadi kelihatan tidak begitu
sihat seperti sebelumnya…Apabila ditanya…hanya kuntuman
senyum yang diberikan kepadaku,seperti selalu….Di Tanah
Suci kupanjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah
memakbulkan pinta hajatku selama ini…Hanya Dia yang tahu
sedalam mana cintaku kepada abang Hadi ….Hanya Allahlah
tempat aku bermohon selama ini…Hanya Dialah yang
berkuasa memberi dan menarik balik rezeki………….Aku
bersujud kepada Allah malam itu dengan penuh rasa rendah
diri….Kudoakan hidup dan mati kami sekeluarga serta
keturunan kami dalam iman dan taqwa serta
redhaNya…Biarlah hidup dan mati kami dalam limpah
kurniaNya……………….
Malam itu abang Hadi batuk tidak
berhenti-henti…..Badannya panas dan mukanya merah
seperti menahan kesakitan…..Sebagai seorang doktor,bukan
mudah bagiku memeriksa tubuh itu….Tambahan pula, itu
suamiku…Cintaku…Kasihku…..Doktor yang bertugas memberi
tahu bahawa abang Hadi diserang demam panas….abang Hadi
mungkin tidak dapat mengikuti kami bertawaf keesokan
hari….Jadi abang Hadi terpaksa tinggal di apartment….Aku
sebagai isteri tidak mungkin sanggup meninggalkan abang
Hadi seorang diri….Sepanjang hari aku menemani
suamiku…….Aku hanya mengalirkan air mata di sisinya….Aku
fahami kesakitannya…Namun hanya dengan izin Allah abang
Hadi akan sembuh semula…Segala medikasi yang disediakan
ku berikan kepada Hadi dengan penuh harapan agar dia
sihat seperti sedia kala….Pipiku diusapnya…lemah…tidak
bermaya….namun,kehangatan kasihnya masih terasa…..Dalam
nafasnya yang lemah,abang Hadi berpesan
kepadaku….
“Sayang…..terima kasih abang ucapkan
buat dirimu… Terima kasih atas kasih sayang yang tak
pernah padam darimu buat abang…terima kasih kerana
memberikan abang anak-anak yang soleh dan solehah,insya
allah”…..Abang Hadi menarik nafas panjang dan menyambung
kata-katanya…kulihat air mata kasihnya berjuraian
disisi…Ini kali kedua kulihat abang menangis …kali
pertama adalah sewaktu melihat aku melahirkan anak
sulungku…Miftahus Solihin bin Hadi
Hafis…..
“Sayang,ingatlah tautan kasih yang
terjalin antara kita dengan izin Allah….Panjatkanlah
syukurmu buatNya sayang…Jangan pernah lupa…Teruskan
mendidik anak-anak kita mendalami Islam dan menjaga iman
mereka dengan sepenuh jiwa….Berjuanglah membela Islam
dan jangan berhenti sebelum menang….Buat dirimu
sayang,abang sejak dulu tidak pernah lupa berdoa agar
kau menjadi milik abang suatu hari
nanti…Alhamdulillah,hajat abang termakbul……Maafkan
kesalahan abang andai kata abang pernah melukan
hatimu”……Dan aku lihat Abang terlena…….manik-manik putih
dimatanya berjuraian lagi…kukucup pipi abang…Sendu
semakin terpahat di hati ini…
Malam itu,abang
memanggilku dan anak-anak supaya berada di
sisinya….Abang berpesan kepada anak-anak kami supaya
menjagaku sebaik-baiknya…Dan bersikap mengikut sunnah
Rasululullah….Pesan abang,jadikanlah sabar itu sebagai
asas perjuangan hidup kami dalam dunia yang semakin
mencabar keimanan ini……Anak-anakku terus menerus membaca
Al-fatihah….Itulah yang dipesan oleh Hadi kepada
anak-anak kami…”Al-Fatihah itu sedekahkanlah kepada emak
dan ayah…Tak kiralah dimana pun kamu semua
berada…Utuhkanlah ikatan kekeluargaan kita dan
tanggungjawab yang terpikul dengan iman di
dada…Selesaikanlah semua permasalahan antara kita dengan
merujuk kepada kitabNya”…. Anakku yang sulung membelai
rambut ayahnya. Ku lihat anak-anakku membeningkan
tangisan di mata mereka….. Abang memandangku dengan mata
yang sayu …”Assalamualaikum”….kata abang....Walau
matanya tak bersinar seperti dulu,namun keikhlasannya
tetap kurasai…Tanganku digenggamnya seerat
mungkin…Kubisikkan syahadah ditelinga abang….”asyhadu
alla ilaa ha illallah”….Abang
mengulangnya…perlahan-lahan,tetapi jelas….Hembusan
terakhir nafas abang melepaskan perlahan tanganku dari
genggamannya……Abang pergi menyambut panggilan
Ilahi….Sebelum kuselimuti seraut wajah manis abang yang
pernah menceriakan hidupku dulu,menepis segala kepahitan
jiwaku,kukucup dahi abang sekali lagi dan kusedekahkan
Fatihah buat dirinya….Walau hati ini tersayat
luka….Namun aku gembira kerana pernah menjadi seorang
isteri kepada lelaki yang soleh dan telah membimbingku
kejalan bahagia ini…Terima kasih abang…..
Jenazah
abang Hadi kami kuburkan di tanah suci….itulah harapan
yang pernah disuarakannya satu ketika dulu…sebelum kami
sampai disini..Sewaktu bermulanya perkenalan kami
lagi…”Insya Allah,saya teringin sangat mengakhiri
riwayat hidup saya di Tanah Suci” itulah jawapannya bila
kuajukan soalan tentang impian hidupnya….. Warkah
terakhir darinya kubuka dan kubaca sekali lagi…Warkah
yang diminta supaya aku membacanya apabila kami selesai
menunaikan ibadah haji dan pulang ke tanah
air…..
Sayang, Bila bumi memanggilku
kembali, Bila jasad ini tidak bernyawa
lagi, Ketahuilah hanya engkau pernah menjadi
permaisuri hati, Melengkapkan citaku selama
ini….
Bila kita saling terleka, Atau semakin
ditelan usia, Atau terpisah oleh
ketentuanNya, Tetapkan hatimu pada kasih
abadi, Kasih Allah Rabbul Izzati….
Sejak dulu
wajahmu menjadi ratu hatiku, Doaku
menginginkanmu, Kutahu doamu pun begitu, Tapi kau
simpan suara hatimu demi jihad itu, Ini yang
membuatkan hatiku semakin tertawan
padamu…..
Syukran temanku,suriku,cahaya
hidupku, Abadikanlah kenangan dan kasih kita bersama
keakhirnya, Walau antara kita terpisah jasad dan
nyawa…… Iman,amal dan taqwa tetap bersemi di hati
selamanya….
Seutuh kasihmu sayang,adalah dambaan
hatiku….syukur atas rahmat Tuhan yang satu…
….Assalamualaikum….
Ikhlas
mencintaimu... Abang….
Kulipat kemas warkah
abang dan kusimpan dalam diari hijaunya..Ya,warna
kegemaran kami berdua…Ada lakaran wajahku pada muka
terakhir diari itu….Aku tersenyum…Kukucup wajah abang
dalam gambar yang kulekatkan dalam diariku….Wajah manis
itu seakan menyambut
kucupanku…..
“Mak”….Lamunanku tersentak….Soleh
menghampiriku…6 tahun berlalu….anak-anakku sudah
membesar semuanya….Membesar dengan kasih sayang dan
pesan ayah mereka supaya selalu menegakkan Islam walau
dalam apa jua perkara….Bahagia inilah yang pernah
kurasai dulu…”Mak,adik tanya,jihad tu apa maksudnya
mak….”kata soleh menggaru-garu kepala…Kubelai rambut
anakku dengan penuh kasih sayang,”Sekejap lagi mak
datang”,balasku….Anakku mengangguk-ngangguk dan
menyimpulkan senyuman..Seiras wajah ayahnya..Akan ku
jelaskan maksud jihad sejelasnya kepada anak-anakku
kerana ANUGERAH JIHAD INIlah yang telah membawa sinar
kebahagiaan dalam kehidupan kami sekeluarga hingga ke
detik
ini….………………..Amin….
-TAMAT-
| |
|
|
|